Tuesday, May 22, 2012
AGM SRIKANDI 2011/2012
Thursday, May 17, 2012
Penangguhan AGM Srikandi
Wednesday, May 16, 2012
AGM SRIKANDI 2011/2012
Wednesday, May 9, 2012
Fitnah Cinta Ukhti Barbie dan Akhi Ken
Semoga kita semua ambil manfaat dari artikel ini, selamat membaca..
Thursday, May 3, 2012
BAJU KELAB SRIKANDI
Saturday, March 31, 2012
Monday, March 5, 2012
Friday, February 24, 2012
Monday, February 13, 2012
Kisah Sebenar Punca Pergolakan Di Syria
PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )
sekian.....ilhamkaza ayoub@Damanhur,Egypt
Wednesday, February 1, 2012
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM
"MAHASISWA GEMILANG REFLEKSI MASA DEPAN UNGGUL"
TAHUN2:https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?hl=en_US&formkey=dFBGeTVvVDhXMFpzZzdvUzh6d0oyV2c6MA#gid=0
TAHUN3:https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?hl=en_US&formkey=dE9xaWdxSFJNSFpQcUo1V2JBeFpOYUE6MA#gid=0
TAHUN4:https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?hl=en_US&formkey=dExrNXVCdjNTZnBKT05TWTlWZ1V4RXc6MA#gid=0
Friday, January 27, 2012
Fiesta Sinergi Intelek


Friday, September 2, 2011
Perutusan Aidilfitri oleh Presiden Srikandi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan buat warga Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khususnya buat semua warga Kolej Tun Syed Nasir,dan warga Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya. Sesungguhnya sambutan Hari Raya Aidilfitri ini bukanlah sambutan untuk golongan muslim sahaja, malah ia adalah sambutan & keraian untuk semua golongan & bangsa.
Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan, kini kita telah sampai ke bulan Syawal. Inilah saat kemenangan kita dalam melawan nafsu & mendidik diri agar dapat menjadi insan yang lebih baik di sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Semoga momentum perubahan tersebut dapat diteruskan di bulan Syawal ini dan di bulan-bulan yang akan datang.
Sahabat-sahabat sekalian, saya amat berharap agar kita dapat menjadikan sambutan Syawal kali ini lebih baik berbanding yang sebelumnya. Semoga Syawal kali ini kita lebih ikhlas dalam memohon kemaafan sesama ahli keluarga & saudara, hubungan silaturrahim lebih rapat berbanding sebelumnya, dan tidak lupa dalam kita berseronok berhari raya, amalan-amalan kita terutamanya solat lima waktu masih terjaga.
Sekian sahaja daripada saya. Akhir kata, saya dan ahli organisasi Kelab Srikandi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga KTSN UKMKL sekalian. Semoga anda berbahagia menyambut Aidilfitri bersama-sama ahli keluarga tersayang, di kampung halaman tercinta.
Assalamualaikum.
Ikhlas daripada,
Asikin binti Hasnan
Presiden
Kelab Srikandi sesi 2011/2012
Universiti Kebangsaan Malaysia
Friday, August 19, 2011
Jangan Risau Kaum Hawa
Cepatnya Ramadhan berlalu. 10 hari akhir Ramadhan telahpun tiba. Sayu rasa hati mengenang Ramadhan yang bakal pergi meninggalkan kita. Apatah lagi bagi hamba Allah yang bergelar kaum hawa, jika kaum Adam berpuasa 30 hari kaum hawa hanya mampu berpuasa kurang daripada itu. Itulah fitrah kaum hawa dan itu ketetapan Allah jua. Kita menyangka sudah tiada ruang untuk kita beribadat bila kita diharamkan berpuasa. Namun Allah itu Maha Penyayang, tidak pernah Dia haramkan wanita yang uzur untuk berselawat, bertasbih, bertahmid malah bertakbir membesarkanNya. Dan motivasi buat kaum hawa sekalian, Allah dan RasulNya tidak pernah mengharamkan wanita yang uzur untuk turut sama berebut mengejar Lailatulqadar. Maka ayuh kita istiqamahkan ibadah kita dari awal berpuasa sehingga ke akhir ,meskipun dalam keadaan uzur. Kita tidak berpuasa pun, kita masih mendapat pahala seperti orang berpuasa maka kita tambahkannya dengan amalan tambahan, moga kita didekatkan diri keoada cintaNya. InsyaAllah. Berikut merupakan amalan- amalan untuk mencapai darjat taqwa yang dipetik dari Nurjeehan.
Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan
- Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman
Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a:
“Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak”. (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini)
Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi’en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi’en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.
- Mencari lailatul qadr
Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud,
Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (riwayat al-Bukhari)
Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud).
Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.
- Melewatkan sahur
Daripada Sahl ibn Sa’d berkata:
Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (riwayat al-Bukhari)
Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata:
“Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (riwayat al-Bukhari)
- Melakukan iktikaf
Iktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan). Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5)
Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata:
“Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari”. (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)
- Membanyakkan doa
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi:
Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa’ fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)
Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud:
“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)
Renung- renungkan. Selamat Beramal.
Varsiti tercinta: UKMKL
-
Greatest Internet poker miami nights online casinos Sign up Bonuses - Articles Finest Pennsylvania Poker Internet sites – miami nights online casinos United states Legal On-line poker Bedroom FAQ The near future Has become: D...1 year ago
-
SELAMAT DATANG KE BLOG BADAR UKM KL! - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Wow! Ada seseorang sedang menerjah blog BADAR UKM KL la! Tahniah! Kerana anda adalah insan yang telah ditakdirkan...11 years ago
-
Pengesahan Masuk dan Jadual Peperiksaan bagi tahap pengajian Prasiswazah - Pengesahan Masuk dan Jadual Peperiksaan bagi tahap pengajian Prasiswazah Semester 2 Sesi 20122013 Tarikh Mula (15/04/2013) - Tarikh Tamat (22/04/2013)13 years ago
-
-
Syukur dan Terima Kasih atas Kemenangan Calon ASPIRASI UKM KL - alam perpaduan kepada semua warga UKM KL Syukur alhamdulillah diucapkan atas kemenangan calon-calon ASPIRASI yang BERWIBAWA, TEGAS, SETIA dan BERMARUAH iai...15 years ago
-
-
-
Sahabat
-
Erti Tawakal - Bismillah. Saya berbual dengan supervisor saya, Dr Balkis tentang apa yang berlaku beberapa minggu lepas. Peristiwa yang menyebabkan hampir dua minggu saya...10 years ago
-
New chapter - * ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"* *"Maka yang mana satu di antara nikmat-ni...11 years ago
-
Laman ini sudah tiada - Saya sudah migrasi ke afifazzeri.blogspot.com. Jemput makan. Lupa, puasa. Sekian11 years ago
-
Status Hadith 'Tuntutlah Ilmu Hingga Negeri China' - *Assalamua'laikum wbt...* *Semoga penjelasan ini bermanfaat utk kita semua.* اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » *“ Tuntutlah il...11 years ago
-
Random - Laptop rosak. Tak syok nak update blog. Walhal banyak benda nak dikongsi. Masa lapang pun banyak. Tapi... Laptop kat kedai. Ntah apa diagnosis, Dr.Comp tak...11 years ago
-
MUSLIM PARENT'S GUIDE TO THE EARLY YEARS - MUSLIM PARENT'S GUIDE TO THE EARLY YEARS Kenapa orang suka dengan buku ni? Mesti ada sebab buku ni setiap bulan perlu di restok oleh pembekal. - Ia...12 years ago
-
ceritera sang pelangi.. - tatkala hujan turun dan kemudian ribut petir melanda..kita menangis mencari-cari dimanakah mentari menghilang.. dengan hati yang kecewa kita menyalahk...14 years ago
-
Tamatnya blog ini - Operasi blog ini telah diberhentikan operasinya secara rasmi memandangkan penulisnya telahpun menamatkan pengajian dan telah bersara dari Majlis Perwakilan...15 years ago
-
-
-


11:12 PM
Srikandi








