
Isnin ,12/01/2009 - Pada hari Ahad (11/1/2009), dengan berkereta kebal dan jet pejuang canggih , Israel terus masuk ke dalam kawasan Semenanjung Gaza, tetapi mereka sedang menghadapi tentangan yang kuat daripada pejuang-pejuang Palestin . 24 orang rakyat Palestin setakat ini terbunuh dalam pertempuran Ahad tadi. Jumlah kematian kini telah meningkat kepada 879 orang pada hari yang ke-16 serangan Israel di Semenanjung Gaza, Al Jazeera melaporkan.Terdapat desas-desus bahawa Majlis Keselamatan Israel telah membincangkan kemungkinan meneruskan pelaksanaan operasi serangan kepada “Fasa III” , satu langkah yang akan menyaksikan tentera rejim Zionis akan terus menggasak Semenanjung Gaza. sumber: http://www.palestinkini.info/ Adakah palestin akan diserang...