Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Friday, September 2, 2011

Perutusan Aidilfitri oleh Presiden Srikandi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan buat warga Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khususnya buat semua warga Kolej Tun Syed Nasir,dan warga Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya. Sesungguhnya sambutan Hari Raya Aidilfitri ini bukanlah sambutan untuk golongan muslim sahaja, malah ia adalah sambutan & keraian untuk semua golongan & bangsa.

Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan, kini kita telah sampai ke bulan Syawal. Inilah saat kemenangan kita dalam melawan nafsu & mendidik diri agar dapat menjadi insan yang lebih baik di sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Semoga momentum perubahan tersebut dapat diteruskan di bulan Syawal ini dan di bulan-bulan yang akan datang.

Sahabat-sahabat sekalian, saya amat berharap agar kita dapat menjadikan sambutan Syawal kali ini lebih baik berbanding yang sebelumnya. Semoga Syawal kali ini kita lebih ikhlas dalam memohon kemaafan sesama ahli keluarga & saudara, hubungan silaturrahim lebih rapat berbanding sebelumnya, dan tidak lupa dalam kita berseronok berhari raya, amalan-amalan kita terutamanya solat lima waktu masih terjaga.

Sekian sahaja daripada saya. Akhir kata, saya dan ahli organisasi Kelab Srikandi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga KTSN UKMKL sekalian. Semoga anda berbahagia menyambut Aidilfitri bersama-sama ahli keluarga tersayang, di kampung halaman tercinta.

Assalamualaikum.

Ikhlas daripada,

Asikin binti Hasnan

Presiden

Kelab Srikandi sesi 2011/2012

Universiti Kebangsaan Malaysia

Varsiti tercinta: UKMKL

Sahabat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates