Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tuesday, December 29, 2009

WANITA~AGAR DIRIMU PALING BAHAGIA


Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-norma nya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.

Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, motivasi daripada buku hasil karya Dr. Aidh Abdullah benar-benar membuatkan diri ini berasa dihargai. Sehebat 'La Tahzan', buku ini membawa konsep yang sama, bezanya ia khas buat kaum hawa.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dialah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dialah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasihnya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.
SUMBER:WWW.ILUVISLAM.COM(DR.AIDH ABDULLAH AL-QARNI)

Friday, December 11, 2009

KAU UMPAMA RAMA-RAMA



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
SUMBER:WWW.ILUVISLAM.COM(DR.HM TUAH)

Wednesday, October 14, 2009

CERITA SANG RATU



RATUKU... INGIN KULUAHKAN
APA YANG SUDAH LAMA INGIN KULUAHKAN
TENTANG KEBIMBANGANKU INI
TATKALA MELIHAT BUNGA-BUNGA BERGUGURAN
DIPETIK TANGAN-TANGAN YANG GANAS
LAGI BERNAFSU SERAKAH
RATUKU.....
KEBIMBANGANKU INI MASIH MENEBAL
APABILA KUDENGAR
DENGUNGAN KUMBANG PEROSAK
YANG CUBA MENYEDUT MADUMU
WALAU TANPA RELAMU
RATUKU.....
KEBIMBANGANKU BERTAMBAH LAGI
APABILA KUMELIHAT BUNGA YANG TIDAK SEGAN SILU
MELAMPIASKAN KECANTIKANNYA KETIKA SEDANG MEKAR
DI TAMAN LARANGAN
MELUPAKAN KUNTUMAN
YANG SEBELUM INI MELINDUNGINYA
RATUKU.....
AKU MASIH TERTANYA-TANYA
MASIH WUJUDKAH LAGI RATU IDAMAN
KERANA APA YANG KULIHAT HARI INI
SEMAKIN BANYAK BUNGA-BUNGA GUGUR
GUGUR TANPA SEBAB
BAGAIKAN TIBANYA MUSIM LURUH
RATUKU...
BUKANLAH KUHARAPKAN KAU SEGIGIH SITI HAJAR
YANG BERLARI-LARI
ANTARA SAFA DAN MARWA
BUKAN JUGA SESETIA AINUL MARDHIAH
YANG MENANTI KEKASIH DI PINTU SYURGA
BUKAN JUGA SETEGUH SUMAYYAH
RELA BERKORBAN JIWA DAN RAGA
RATUKU....
AKUILAH HAKIKAT YANG TERSURAT
ENGKAU BUKANLAH SITI KHADIJAH
MAHUPUN SITI FATIMAH
ENGKAU BUKAN AISYAH
BUKAN JUGA RABI’ATUL ADAWIYAH
WANITA SUCI TERPUJI
TAPI CUKUPLAH SEKADAR
KAU CUBA MENCONTOHI BUNGA-BUNGA ITU
KEMBANG MEKAR MEWANGI
SEHINGGA HARUMNYA
MELEWATI PINTU-PINTU SYURGA
JANGAN KAU RISAU RATUKU
KADANGKALA MUSIM BERGANTI
SEHINGGA BUNGA
TIDAK DAPAT BERKEMBANG MEKAR
TAPI ITU HANYA UJIAN BUATMU
RATUKU...
ESOK MUSIM BUNGA AKAN TIBA
DAN ENGKAU AKAN MAMPU BERKEMBANG LAGI
CUMA YANG KUHARAPKAN
KETIKA ITU
KAU JAGA KELOPAKMU ITU
JANGAN SAMPAI
TANGAN-TANGAN KASAR MEMETIKMU LAGI
JANGAN KAU GODA KUMBANG-KUMBANG GANAS
MENGHISAP MADUMU
JANGAN BIARKAN GAGAK HITAM ITU
MEROSAKKAN SERIMU
KERANA KAU RATU IDAMAN KALBU
RATUKU...
BUKANLAH KECANTIKANMU JADI TARUHAN
BUKAN KEANGGUNANMU JADI PILIHAN
TAPI..KETULUSANMU JADI SANDARAN
MAKA AKU YAKIN RATUKU
MASIH ADA SINAR HARAPAN
YANG BISA MEMBUATKU TERSENYUM LEGA
KERANA AKAN KUTEMUI
RATU YANG BENAR-BENAR RATU

Sumber:SEKRETARIAT HAL EHWAL SISWI MPP UPM 2002

Wednesday, September 16, 2009

~~ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU~~

"Salam lebaran buat semua umat islam di seluruh pelusuk dunia"



Suatu hari,di dalam pejabat, kelihatan dua orang sahabat sedang berbual mesra..

SRIKANDA: Esok malam teman kan aku pergi JALAN TAR. Aku nak beli kuih raya,baju raya, nak bawa balik kampung untuk mak aku

SRIKANDI: Kenapa nak pergi waktu malam? Waktu siangkan ada.

SRIKANDA: Malam sejuk sikit, tak terasa panas mentari yang hangat tu. Kalau pergi waktu siang mahu tak terbakar kulit aku sebab panas sangat.

SRIKANDI:Tapi waktu malam orang lain sibuk buat amal ibadat takkan kita nak pergi shopping pulak. Ramadhan dah nak pergi ni.

SRIKANDA
:Tolonglah ye. Sekali ‘skip’ solat terawih tak mengapakan.Solat tu kan sunat je.

SRIKANDI
:(dalam hati: tak mengapa, nanti aku solat sorang-sorang..aku tak nak
‘skip’ terawih).Ikut suka kau lah.

Malam keesokannya.......


SRIKANDI
:Kenapa tak siap lagi? Kata nak pergi JALAN TAR malam ni.

SRIKANDA: Hhmmm.... tak jadilah. Aku nak buat ibadah banyak-banyak malam ni.

SRIKANDI: Kenapa pulak ni?

SRIKANDA: Semalam aku bermimpi.....


ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ini Ramadhan terakhirku
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai ini Ramadhan terakhirku
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai ini Ramadhan terakhirku
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ini Ramadhan terakhirku
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU………


Sumber”www.iluvislam.com”

Monday, September 7, 2009

IBU PARA PAHLAWAN ISLAM

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T.Sekali lagi kita dipertemukan dalam ruang maya ini. Kali ini SRIKANDI ingin bekongsi satu kisah dimana seorang ibu yang sanggup mempertaruhkan nyawa anak-anaknya demi seruan jihad. Semoga kisah yang dipaparkan dapat memberi iktibar dan pengajaran.



Sabda Sallallahu alaihi wa Sallam: ” Wahai Ummu Saad, terimalah khabar gembira dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, bahawa orang-orang yang terbunuh di antara mereka saling berteman di dalam syurga, semuanya dan mereka diberi syafaat untuk keluarganya”
Ibu Para Pahlawan

Inilah dia, Kabsyah bintu Rafi’ bin Muawiyah bin Ubaid bin Al-Abjar Al-Ansyariyah Al-Khudriyah. (Thabaqat Ibn Saad, 8/37; Al-Isti’ab, 4/383; Usdul Ghabah [7230]; Al-Istibshar,hal. 129)
Beliaulah ibu yang Arasy Ar-Rahman pun bergoncang kerana kematian anak-anaknya. Beliaulah ibu yang memutuskan perkara dengan hukum Allah dari atas langit ketujuh. Anak beliau ialah penjaga Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ketika Perang Badar, yang juga pemegang panji dari golongan Ansar, serta salah seorang ahli majlis syura Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ketika itu. Anak beliau adalah As-siddiq kedua setelah Abu Bakar Radiallahu Anhu. Anak beliau jugalah wakil Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam di saat Perang Buwath. Kelebihan ini turut diakui oleh Ibn Saad dengan berkata: “ Orang yang pertama berbaiat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ialah Ummu Saad, Kabsyah bintu Rafi’ bin Ubaid, Ummu Amir bintu Yazid bin As-Sakan serta Hawa’ bintu Yazid bin As-Sakan.”

Peniup Semangat Jihad Anak-anaknya

Di dalam Perang Badar, beliau meniupkan semangat kepada kedua anak beliau, Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz Radiallahu Anhuma, agar berangkat dan berjihad kerana Allah dengan sebenar-benar jihad. Di dalam Perang Uhud, Ummu Saad turut terlibat secara langsung bersama beberapa wanita Muslimah lainnya. Berita kekalahan tentera kaum Muslimin dan gugur syahidnya anak beliau, Amru bin Muadz sampai ke pengetahuan beliau. Namun, berita-berita tersebut ternyata kurang penting bagi ibu ini berbanding keselamatan baginda nabi. Beliau lantas bersegera ke medan peperangan dan melihat dengan mata kepala sendiri keadaan dan keselamatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Saat itu juga, beliau memanjatkan puji dan syukur kepada Allah seraya berkata: ”Selagi aku melihat engkau dalam keadaan yang selamat, maka musibah ini (kematian Amru bin Muadz) adalah terasa sangat ringan” .

Di saat Perang Khandaq meletus, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam mengarahkan para wanita muslimat dan kanak-kanak yang turut serta untuk berlindung di dalam benteng Bani Haritsah yang telah siap dibina. Turut sama di kalangan mereka ialah Aisyah Ummul Mukminin Radiallahu Anha dan Ummu Saad. Aisyah menuturkan bahawa Saad bin Muadz berlalu untuk menyertai pasukan perang dengan mengenakan baju besi yang pendek, sehingga seluruh tangannya terdedah. Ummu Saad menasihatkan anaknya agar bersegera supaya tidak ketinggalan walau sesaat pun tanpa bersama-sama Rasulullah. Beliaulah yang tidak henti-henti menasihati dan meniupkan semangat jihad di dalam dada anak-anaknya. Beliau berkata: ”Wahai anakku, cepatlah berangkat kerana demi Allah, engkau sudah terlambat!”

Di dalam peperangan tersebut, Saad terkena anak panah lemparan Hibban Al-Urqah yang memutuskan urat di dekat mata kakinya. Saat itu, Saad sempat berdoa kepada Allah dengan doanya yang sangat masyur, ” Ya Allah, jika Engkau masih menyisakan peperangan melawan Quraisy, maka berikanlah aku sisa umur untuk aku menyertainya. Tidak ada kaum yang lebih aku sukai untuk memeranginya kerana Engkau, selain dari kaum yang telah menyakiti Nabi-Mu, mendustakannya dan mengusirnya. Ya Allah, jika Engkau menjadikan peperangan antara kami dengan mereka, maka jadikanlah mati syahid bagiku dan janganlah Engkau uji aku sehingga aku merasakan senang kerana dapat mengalahkan bani Quraizhah” Tenyata Allah mengabulkan doa Saad bin Muadz. Yahudi Bani Quraizhah melanggar perjanjian yang telah dimeterai bersama Baginda Nabi. Keputusan tentang Bani Quraizhah diserahkan kepada Saad bin Muadz. Beliaulah yang memutuskan agar kaum lelaki Bani Quraizhah dibunuh, manakala kaum wanita dan kanak-kanaknya dijadikan tawanan. Sebaik saja urusan Bani Quraizhah diselesaikan, luka di kaki Saad semakin parah dan akhirnya beliau meninggal dunia. Sekali lagi, Ummu Saad diuji dengan kehilangan anak beliau. Jasad Saad diusung dan dikebumikan di Baqi’. Kesedihan Ummu Saad terpancar jelas di wajahnya. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam menghibur beliau dengan bersabda, ” Adakah air matamu tidak dapat dibendung dan apakah kesedihanmu tidak dapat dihilangkan? Sesungguhnya anakmu adalah orang pertama, Allah tersenyum kepadanya dan Arasy bergoncang kerana kematiannya“ (Siar Alamin-Nubala’, 1/293: Thabaqat Ibn Saad, 3/434; Majma’ Az-Zawa’id, 9/309)

Hatinya lantas gembira dengan perkhabaran Baginda. Beliau hanya mengharapkan pahala kebaikan di sisi Allah dan RasulNya di atas kematian kedua-dua anaknya sebagai syuhada’, apatahlagi setelah mengetahui ketinggian martabat seorang syahid. Beliau mendahulukan kecintaan kepada Allah dan RasulNya di atas segala sesuatu yang di mata manusia lainnya sangat berharga, termasuklah harta dan anak-anak. Di atas sifatnya inilah, maka beliau layak mendapatkan khabar gembira daripada Allah dan RasulNya sebagai penghuni syurga.


Baginya Jaminan Syurga

Ummu Saad menerima khabar gembira sebagai penghuni syurga secara langsung dari Rasulullah sewaktu berakhirnya Perang Uhud.
(Al-Maghazy, 2/315-316; As-sirah Al-Halabiyah, 2/545-546).
Saat Baginda Nabi mengetahui gugurnya Amru bin Muadz selain sebelas orang lagi syuhada’ medan uhud, Baginda lantas bersabda, ” Wahai Ummu Saad, terimalah khabar gembira dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, bahawa orang-orang yang terbunuh di antara mereka saling berteman di dalam syurga, semuanya dan mereka diberi syafaat untuk keluarganya”.
Baginda turut mendoakan Ummu Saad dengan doa yang istimewa, ” Ya Allah, singkirkan kesedihan hati mereka, ringankanlah musibah mereka dan berilah pengganti yang baik bagi orang-orang yang mereka tinggalkan”.
Dari Anas bin Malik Radiallahu Anha, beliau berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda, ”Barangsiapa yang sabar dan ikhlas mencari pahala kerana kematian tiga anaknya, maka dia akan masuk syurga” Ada seorang wanita yang berdiri seraya berkata, ” Bagaimana dengan dua orang anak?” Baginda kemudiannya menjawab, ”Begitu pula dua orang anak” [HR Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, An-Nasaei dan Ahmad].

Semoga keikhlasan dan kesabaran beliau dalam mendidik anak-anaknya sehingga menjadi pendamping utama Rasulullah di medan dakwah dan jihad menjadi teladan yang layak untuk dicontohi oleh ibu kaum muslimin hari ini. Wallahu'alam.

Tuesday, September 1, 2009

FACEBOOK!! ADA APA DENGANNYA????

Dalam post kali ini SRIKANDI hendak kongsikan sedikit info penting berkenaan FACEBOOK. Mungkin ada dikalangan kita yang sudah tahu mengenai kisah disebalik FACEBOOK ini. Namun masih ramai lagi diantara kita yang masih belum sedar hakikat sebenar FACEBOOK ini.Majalah Al-Islam bil. 429 bulan September/Ramadhan 1430H. Di dalamnya ada kisah yang SRIKANDI cuba petik untuk dikongsikan bersama di sini.



Facebook? Sebut sahaja FACEBOOK SRIKANDI rasa semua tahu mengenainya.FACEBOOK sana> FACEBOOK sini. Namun adakah kita tahu apakah sebenarnya kisah yang tersirat di sebalik “Facebook” ini? Siapakah sebenarnya pengasas FACEBOOK? Kemanakah wang yang dilaburkan untuk FACEBOOK di salurkan?

Ketahuilah hakikatnya di sini. Apakah perasaan kalian sebaik sahaja mengetahui kebenaran ini? Sememangnya hakikat kebenaran itu terasa pahit.

Pengasas
: Mark Zuckerberg, seorang graduan Universiti Harvard.
: Anak pasangan yahudi,Edward dan Karen Zurkerberg yang dibesarkan di Amerika Syarikat.
: Seorang yang genius komputer sejak kecil lagi.


Apa kaitan Zuckerberg & FACEBOOK??

*Zuckerberg menjadi anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yang merupakan pertubuhan persaudaraan yahudi yang kuat di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
* Kaitannya dengan Israel, berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel.
*Tujuan utama pembentukan : membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa yahudi sekaligus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang.
*AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
*AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life. (sumber)




Apa Yang kita TAK TAHU???

*Pendapatan FACEBOOK datang daripada iklan-iklan yang dipaparkan.
*Terdapat pelbagai sistem pengiklanan yang berbeza-beza di dalamnya. Contohnya, kaedah CPC (cost per click), sekali klik RM 0.50 dalam satu hari. Bagaimana jika 1000 orang klik pada iklan tersebut, jadi total sehari = RM 500. Klu sebulan? RM 500 x 30 = RM 15,000!! Klu Setahun pulak???
*yang itu baru satu iklan, Kalau ada 10-20 iklan??? Sama2lah kita mengira sendiri keuntungan yang diperoleh

Kenapa PENTING SANGAT BOIKOT FACEBOOK???

Jika kita sudah mengira berapa banyak jumlah sebenar keuntungan yang diperolehi oleh FACEBOOK dalam sebulan atau setahun, ketahuilah kalian sebahagian daripada keuntungan tersebut disalurkan untuk MEMBIAYAI PEPERANGAN DI GAZA!!

Lebih malang lagi, sebahagian daripada keuntungan tersebut disumbangkan oleh KITA!! Wahai saudara-saudaraku sekalian. Dengan hanya klik pada facebook shj, kita sudah turut sama MEMBUNUH umat Islam Palestin di GAZA. Apalah ertinya kita memboikot barang-barang Israel jika kita tetap melakukan PEMBUNUHAN kpd saudara-saudara seislam dengan kita dengan menggunakan FACEBOOK???

FACEBOOK juga di gunakan dalam MENAIKKAN SEMANGAT TENTERA2 YAHUDI untuk memerangi UMAT ISLAM DI GAZA!!! JUGA DIGUNAKAN UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN UMAT ISLAM DI GAZA PADA MATA DUNIA LUAR, SEOLAH-SEOLAH ORANG ISLAMLAH PENGGANAS SEBENAR YANG MENYERANG MEREKA!!! SEDARLAH!! SEDARLAH!! DAN SEDARLAH!! SAUDARA-SAUDARAKU...

Sedarilah saudara2ku sekalian, sesungguhnya kita semua dikurniakan akal fikiran yang sihat oleh Allah s.w.t untuk berfikir mana yang haq dan mana yang batil. Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah semula apa yang PATUT kita lakukan. DELETE sahaja akaun FACEBOOK anda atau anda ingin tetap terus menjadi PEMBUNUH UMAT ISLAM di GAZA??? Tepuk dada tanyalah iman, jangan tanya aiman sebab aiman akan jawab aiman tak kisah...

Semoga perkongsian yang sedikit ini memberikan manfaat yang besar. Apa tunggu lagi sahabat-sahabta?? Sebar-sebarkan segera...Janganlah kita menjadi PEMBUNUH..

Wallahua’lam..
Wassalam..

RENUNGAN SEMPENA RAMADHAN

Sekadar renungan, buat peringatan buat diri yang sering terlepas pandang.





Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun…



“Mana emak? ”
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.

“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”

“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.

“Awak ada berapa orang adik-beradik?”
“Sepuluh.”

“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”

“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”

“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.



Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.

“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.



Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.



Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.



Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.



“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata ; “Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”



Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”

“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.



Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Tuesday, August 25, 2009

PENGHULU WANITA DI SYURGA

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..sempena kedatangan bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini..Srikandi ingin sekali berkongsi kisah seorang tokoh muslimah yang menjadi penghulu wanita di SYURGA. Siapa lagi kalau bukan puteri Rasulullah. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar untuk sama-sama kita mencontohi beliau di dalam kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi di bulan penuh rahmat ini




Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya. Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah.
Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajat dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.
Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.
Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.
Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya. Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan.Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya.
Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya. Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.
Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah. Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan.
Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu. "Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain kerenah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya. Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum. Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya.
Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah. Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT.
Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita. “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya; supaya Ia memberi kamu kesenangan hidup yang baik hingga ke suatu masa yang tertentu, dan Ia akan memberi kepada setiap orang yang ada kelebihan akan kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari Kiamat yang besar”.

Monday, August 24, 2009

CHECKLIST AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN


Ahlan wasahlan ya RAMADHAN

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."


Friday, July 17, 2009



KALI INI SRIKANDI NAK BERKONGSI SEDIKIT ILMU DENGAN ANDA SEMUA....SEMOGA ARTIKEL INI DAPAT MEMBERI IMPAK YANG SANGAT MENDALAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA


Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Saturday, July 11, 2009

HATIKU SEBESAR CAWAN ATAU SEBESAR KOLAM???

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.


Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!
Nah Sahabat- sahabat sekalian, renungkanlah. Dalam menghadapi kehidupan ini ,Janganlah membiarkan diri kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.Segala yang ditakdirkan pasti Allah akan hadirkan hikmah bersama-samanya.

~perutusan pengerusi kelab srikandi 0890~

PERUTUSAN PENGERUSI KELAB SRIKANDI SESI 2008/2009
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Asssalmu’alaikum dan selamat sejahtera................................
Selamat datang SRIKANDI ucapkan kepada semua mahasiswi tahun satu sesi 2009/2010 dan selamat kembali bagi mahasiswi tahun 2,3 & 4. SRIKANDI juga hendak ucapkan tahniah buat mahasiswi tahun satu yang berjaya juga menjejakkan kaki ke menara gading jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan seusia yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran lagi. Peluang melanjutkan pelajaran ini janganlah disia-siakan .Selagi Yang Maha Kuasa masih memberi nafas kepada kita, eloklah kiranya kita memanfaatkan peluang yang ada. SRIKANDI tertanya-tanya. Agaknya bagaimanalah persaan adik-adik tahun satu ni. Almaklumlah baru pertama kali menjejakkan kaki ke UKM dan yang paling utama menjejakkan kaki kali pertama ke KTSN. Pasti pelbagai perasaan bercampur baur.


Bergelar seorang pelajar universiti bukan tiket untuk seseorang itu mebangga diri dan merendah-rendahkan orang yang tidak mendapat peluang ke universiti. Langkah yang diatur pasti sarat dengan amanah.Terutamanya amanah daripada ibu dan ayah yang tidak putus-putus memerah keringat dalam membesarkan adik-adik semua. SRIKANDI percaya segala jerit payah dan pengorbanan ibu ayah bukanlah untuk mendapatkan balasan daripada adik-adik semua. Tetapi yang diingi oleh mereka hanyalah kebahagiaan dan kecemerlangan adik-adik semua dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Sekian dahulu daripada SRIKANDI . Akhir kalam, salam perkenalan daripada SRIKANDI untuk adik-adik semua.

Thursday, March 5, 2009

kembara srikandi 2009




bestnye berjalan atas tali kabel ni....



ni lah tempat penginapan kitorang....

peace.... peace...jangan tak peace......

ASSALAMU'ALAIKUM....
Diharapkan sahabat semua berada dalam keadaan sihat & ceria. Alhamdulillah pada 20-22 haribulan februari 2009 yang lepas..satu kembara srikandi telah diadakan di kela camp dekat pahang.....macam-macam aktiviti menarik yang diorang buat..paling best main flying fox & berakit....ini sedikit buah tangan yang diorang bawa khas untuk tatapan sahabat2 yg x dpat nk pergi.....yg x dpat pergi..jangan sedih-sedih..insyaAllah tahun depan boleh pergi kembara srikandi 2010 pulak...

Friday, February 27, 2009

Pesona Wanita Islam

Islam tidak melarang kecantikkan, keindahan dan hiburan, malah agama ini menyuruh umat-Nya supaya bersenang-lenang dan hidup dengan penuh aman damai. Kerana itu di dalam beberapa hadis baginda rasul sendiri ada menyebutkan bahawa baginda sangat sekali menyenangi wanita, bauan harum dan perkara-perkara yang menghiburkan keluarga.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Di hiasi di dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita.” (Ali Imran: 14)

Bahkan di dalam AlQuran, Allah swt menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. Bidadari itu ialah wanita yang sempurna sifatnya dan teramat cantik jasadnya serta dipenuhi dengan segala ciri keperluan yang merupakan idaman kaum lelaki.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahman : 70)

Oleh yang demikian, tidak salah jika kita mengatakan bahawa wanita dunia yang mempesonakan itu haruslah sekurang-kurangnya memiliki ciri yang paling hampir dengan si bidadari.

Wanita pesona ialah wanita yang menjadi idaman semua dan merupakan impian setiap gadis dan wanita untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Pesona bermaksud menawan dan menjadi pujaan para lelaki dan mendapat penghormatan daripada kaum sejenisnya sendiri.

Ada beberapa petua yang boleh kita pelajari bagi mendapatkan sebuah pesona buat diri.

Setelah puas menyelidiki buku-buku dan petua berkaitan wanita di dalam Islam dan sebagainya maka saya penuhi sedikit ruangan ini dengan catatan mengenai syarat menjadi wanita pesona yang saya temui



Tidak bermakna cantik tetapi mesti lawa

Ramai akan menyangka bahawa wanita yang mempesonakan itu haruslah cantik dan menghairahkan tetapi telahan dan sangkaan itu ternyata agak silap. Bukan jasad cantik yang semua orang lelaki selalu cari tetapi mereka melihat kepada lawa.



Lawa bermaksud tidaklah buruk, tidak hodoh dan tidaklah tertolak tetapi seseorang itu dianggap lawa kerana disebabkan pemakaian dan cara penampilan imej seseorang yang menarik dan mampu memikat hati-hati dan mata yang melihat.

Pemakaian

Tentu anda biasa melihat wanita yang berkulit gelap, tidaklah memiliki potongan badan yang ramping tetapi dengan pakaian menutup aurat yang dipadankan ketubuhnya, berjubah labuh misalannya, bertudung litup dan warna pakaian yang bersesuaian dengan warna kulit, bedak yang lembut di muka dengan senyuman ikhlas di wajah wanita tersebut, maka apakah lelaki yang memandang tidak akan mengatakan dia itu lawa ?

Tidak lawa ? Pasti anda berbohong !

Lawa terhasil apabila wujud gabungan penampilan imej yang baik dengan pemakaian yang sesuai, menutup aurat dan menyelesakan pemakai bukannya yang sendat sehingga terseksa ketika berjalan, bukanlah warna yang terang sehingga menyakitkan mata dan bukanlah yang terbuka di sana sini sehingga setiap kali terpaksa ditutupi dengan tangan.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).

Ramai gadis murahan (kerana murah dibeli atau didapati) , baik di IPT atau sudah bekerja suka sekali memakai seluar jeans dan seluar ketat yang menampakkan bentuk pinggul mereka. Mereka tidak sedar bahawa lelaki suka sekali melihat hanya untuk menjamu nafsu tetapi tidak ada yang akan sudi mengambil gadis sebegitu sebagai teman di dalam kehidupan.

Pemakaian seksi menyeksa batin lelaki, membuatkan mereka tergoda, namun daripada sudut pandang psikologi, perbuatan wanita memakai pakaian seksi terbabit hanya akan meruntun nafsu lelaki supaya menyeksa kaum wanita, disebut menghukum dan menganaiyai wanita itu di atas katil dengan kekuatan seks luar biasa dan memperlakukan pelbagai tindakan luar batasan bagi memuaskan nafsunya yang diruntun secara tidak normal oleh wanita itu dengan pemakaiannya yang seksi.

Gejala ini disebut pembalasan dendam daripada lelaki yang kemudiannya akan meninggalkan wanita tersebut setelah kepuasannya dipenuhi, perbuatan ini jauh daripada cinta, jauh daripada kasih dan segalanya yang selama ini di dambakan oleh seorang wanita tetapi dipandu oleh nafsu dan runtunan syahwat.

Pemakaian yang menutupi aurat, bermaksud menutupi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan bukan hanya memakai tudung, tetapi mesti labuh sehingga menutupi dada, juga tidak terbuka dan terdedah di bahagian lain serta tidaklah ketat dan sendat menampakkan bahagian dan bentuk badan.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab : 59)

Percayalah pemakaian sopan, beradab dan menutup aurat akan membawa kepada kebaikan diri, keselamatan dan juga penampilan imej yang baik dan akan mengundang bukan sahaja keredhaan tuhan tetapi juga keredhaan seluruh makhluk termasuk manusia yang melihat.

Penampilan imej

Menghasilkan imej yang menarik sangat mudah tetapi mengekalkannya itu yang amat payah. Postur yang betul perlu dipelajari, bagaimana cara berdiri, berjalan, duduk dan ketika tunduk mengambil barang atau sesuatu yang tercicir di atas lantai.

Mulakan dengan postur yang betul ialah satu kemestian, tidak ramai menyedari wanita kerap membongkok ketika berjalan, khasnya bila mereka memakai tudung yang labuh atau berpakaian sopan, ini tidak betul kerana tawadhuk itu di hati bukan dengan berjalan tertunduk-tunduk sehingga menyakitkan tulang belakang.

Jalan dengan meluruskan posisi badan, kepala tegak dengan langkah yang aman dan damai pasti akan menghasilkan pemandangan seorang wanita anggun yang sedang berjalan. Betulkan posisi duduk, cara meletakkan tangan , kaki dan punggung bagaimana melabuhkan diri amat berguna bagi membina imej yang positif dan mempesona.

Ini tidak hanya berguna ketika anda bertemu orang ramai tetapi perlu dilatih di dalam rumah sehingga anda menjadi suri rumahtangga dan bergelar isteri yang anggun dan memikat di sisi suami.

Baginda bersabda : “Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (hadis sahih, riwayat Muslim no. 3628).

Siapa tidak bangga memiliki isteri anggun dan bergaya, melihatnya duduk di sofa sahaja membuatku terpesona, bergaya, anggun dan jelita. Cara letak tangannya, cara memegang gelasnya, cara menghidangkan makanan di atas meja, cara mengambil sesuatu, gerak langkahnya, cara dia menyentuh diriku, aduh aku suami bahagia punyai isteri yang istimewa.

Demikian keluh seorang suami yang memiliki isteri yang kebetulan telah dilatih dengan disiplin latihan pesona wanita semenjak kecil.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Selesaikan postur, cara berinteraksi pula menjadi topik utama, perkataan yang diucapkan, percakapan dan tutur kata memainkan peranan. Pilihan ayat yang tepat gagal digunakan oleh ramai wanita kerana tidak sabar untuk bercakap.

Berfikir sebelum bercakap

Berfikir sebelum bercakap membantu seorang wanita untuk menghasilkan ayat yang tepat, menarik dan sesuai untuk digunakan pada situasi tertentu. Sesetengah lelaki, misalannya suami anda adakalanya memiliki sensitiviti tertentu terhadap penggunaan bahasa.

Contohnya saya pernah menerima aduan mengenai seorang kawan yang berasal daripada utara Kedah yang telah bernikah dengan seorang gadis Kelantan, beliau mengatakan bahawa apabila mendengar isterinya bercakap di dalam bahasa Kelantanis serta merta beliau cepat sekali bernafsu !

Seorang yang lain pula mengatakan, beliau pantang mendengar wanita bercakap di dalam loghat Terangganu kerana akan mematikan selera beliau sedang rakan yang lain pula mengatakan dia tak mampu bertahan dengan bahasa utara yang agak pekat, menyakitkan telinga katanya !

Demikian antara contoh keperluan bagi kita memilih perkataan dan bahasa yang sesuai untuk berbicara khasnya bagi wanita yang menginginkan pesona.

Kegelojohan bercakap boleh membawa padah, ramai wanita tidak menyedari bahawa lelaki kurang memahami percakapan dan butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka. Wanita menyifatkan sesuatu secara maksud tersirat tetapi lelaki kerap mengambil apa yang terzahir daripada perkataan.

Wanita mungkin berbicara kepada suaminya, yang dia terluka ketika memasak di dapur tadi tetapi sekarang sudah sembuh dan lukanya pun sudah hilang. Suami mungkin akan membalas dengan mengatakan apakah sudah dibubuh ubat pada luka ? Memesan supaya berhati-hati di dapur atau paling kurang berkata kalau sudah sembuh baguslah.

Komunikasi wanita sering mempunyai agenda tersimpan yang tidak diluahkan !

Hakikatnya boleh jadi wanita itu ingin perhatian lebih daripada suaminya seperti melihat bekas luka di badannya, bertanya di mana luka itu berada dan kemudian paling penting bertanya masakan apakah yang dibuat oleh isterinya kerana besar kemungkinan tujuan wanita itu menceritakan kisah lukanya di dapur itu bertujuan supaya suaminya mengetahui masakan yang dihidangkan itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh atau istimewa.

Pasti hancur hati wanita tersebut apabila si suami mengatakan dia tidak sempat hendak makan bersama kerana sibuk dan terpaksa kembali ke pejabat dan menyuruh isterinya makan sendiri terlebih dahulu.

Siapa yang bersalah ?

Tiada siapa yang bersalah di dalam hal ini kerana sifat lelaki dan wanita ternyata berbeza termasuk pandangan dan pemikiran mereka walau bagaimanapun seorang wanita pesona dia mampu berkomunikasi dengan bahasa yang sesuai dan boleh difahami oleh pasangannya dan hal ini memerlukan kepada kebijaksanaan otak atau pendedahan informasi maklumat seperti yang ditulis oleh artikel seperti ini.

Antara perkara yang sempat saya tuliskan lagi berkenaan imej ialah seorang wanita pesona haruslah mampu menzahirkan keceriaan dan ketenangan di dalam jiwanya.

Huru-hara bukan sifat wanita pesona tetapi kelembutan, ketenangan dan kedamaian ialah imej yang perlu ditampilkan bersama dengan pemakaian. Seorang wanita pesona, wajahnya sering memaparkan senyuman, tawa riangnya tidaklah melampaui batasan dan perwatakkannya terkawal dan dikawal hanya oleh dirinya yang menafikan bahawa wanita pesona itu haruslah seperti robot bergerak yang dikawal.

Dia mengawal dirinya ketika berjalan, melangkah dan hidup dengan yakin dan tawakal kepada tuhan di dalam masa yang sama hidup mesra seperti manusia lainnya. Kepura-puraan atau lakonan tidak berlaku dan tidak dapat dilihat di wajahnya tetapi ini semua terhasil akibat latihan dan disiplin diri bertahun-tahun lamanya.

Pesona wanita tidak dapat dibina di dalam satu hari tetapi imej dan peribadi dibentuk dengan perubahan sedikit demi sedikit tetapi berterusan.

Kata kunci bagi penampilan imej ialah berhati-hati

Berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu akan mendorong kita bertindak dengan lebih tepat dan bermanfaat ketika melaksanakan sesuatu perkara.

Anda pasti tidak mahu gelagat anda ketika mengorek hidung akan dikenang oleh seorang lelaki seumur hidup dan memori sebegitu pasti tidak manis dibuat cerita.

Janganlah anda lupa, cukup lama masa diperlukan untuk membina imej yang baik dan peribadi pesona tetapi sekejap sahaja waktu yang diperlukan untuk memusnahkannya. Itulah yang disebutkan sebelum ini bahawa tidak susah untuk membina pesona wanita tetapi terlalu susah untuk mengekalkannya.

Berhati-hati di dalam perbualan, pergerakkan dan perlakuan akan mengundang kepada kebaikan kepada diri sendiri. Kita tidak tahu bila dan di mana orang akan melihat kita, namun dengan sikap berhati-hati kita akan lebih perihatin dan lama-kelamaan sikap ini akan bersebati di dalam diri sehingga membentuk sebuah disiplin hidup yang mempesona.

Tidak perlu jadi bagus tetapi mesti menjadi orang yang baik

Apabila artikel ini ditulis ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa saya cuba memaksa orang supaya berlagak bagus. Di dalam kelas agama yang dikendalikan oleh saya kepada pekerja wanita di dalam syarikat yang saya bekerja agak ramai wanita yang mengatakan mereka sudah pun mempunyai keyakinan bahawa mereka sudah cukup baik cuma tidak bagus.

Mereka berkata kami ni memanglah tak bagus sangat, tetapi tidaklah sampai buat …itu dan ini, daripada perkataan mereka, kita mengerti bahawa mereka mengakui yang mereka baik cuma belum sampai ke tahap bagus.

Sebenarnya untuk menjadi seorang wanita pesona tidak perlu bagus tetapi mestilah memiliki ciri-ciri orang yang baik. Apakah dia ciri-ciri orang yang baik ? Marilah kita lihat.

i) Baik hatinya iaitu jauh daripada hasad dengki,sifat tamak dan suka membantu orang lain dengan ikhlas.
ii) Menyukai kebaikan dan membenci kejahatan
iii) Tidak mengumpat dan mencela orang lain kerana hatinya baik maka dia suka memaafkan
iv) Berfikiran positif dan berbaik sangka
v) Patuh dan taat kepada agama semampu dirinya
Sekiranya anda memiliki ciri-ciri di atas maka sudah pasti anda ialah seorang yang memiliki hati yang baik. Namun jika setelah membaca ciri-ciri di atas pun anda masih berkata ; Apalah ustaz ni, kami ini manusia bukannya malaikat nak buat semua-semua tu, maka sudah pasti saya pula akan berkata, panduan ini untuk manusia dan bukannya untuk iblis !

Orang yang baik maka sudah pasti dirinya akan turut mempesonakan orang lain. Setiap insan yang dikasihi tuhan pasti juga akan turut dikasihi oleh makhluk-makhluk-Nya cuma musuh-musuh tuhan yang terlalu ramai membuatkan kita kurang menyedari realiti ini.

Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadis sahih riwayat bukhari dan muslim).

Adakalanya kita melihat wanita yang hodoh, tidak cantik dan tidak pula menarik, namun kebaikan hatinya kadang-kala boleh menembusi Arasy di langit ! Para malaikat bergegar-gegar mendoakan kebaikan untuknya dan kita akan dapat lihat hidupnya berakhir dengan penuh kebaikan, keberkatan dan kegembiraan. Sekalipun mungkin tiada jodohnya di dunia ini, saya yakin tiada siapa berani menafikan keutamaan dirinya.

Kita cuma perlu sedar, dia terlalu mahal untuk lelaki hina di atas muka bumi ini.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun." (An-Nisa':124).


Kaya tidak penting tetapi bukan sekali-kali miskin

Dimaksudkan oleh saya dengan kata-kata ini bahawa kekayaan itu tidak penting ialah kerana tidak semua wanita cemerlang, anggun dan pesona itu daripada golongan orang yang kaya akan tetapi tidak pernah ada wanita yang pesona itu terdiri daripada orang yang miskin meminta-minta.

Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar baginda rasulullah bersabda : “Berbahagialah mereka yang diberi hidayah Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhana.” (hadis sahih riwayat tirmidzi ).

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).

Ya, bukanlah bermakna miskin itu bererti miskin harta dan wang ringgit tetapi bermaksud miskin jiwa dan miskin maruah. Disebutkan di dalam sejarah Islam melalui riwayat Ibnu Ishak yang ditolak oleh sebahagian ulama’ (saya bawa kisah ini kerana berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan) mengenai kisah seorang wanita cemerlang yang masih berusia belasan tahun. Bapanya pergi berjuang, di dalam rumah cuma tinggal tabung bekas wang yang kosong.

Kemudian datanglah datuknya yang tua dan buta tetapi merungut-rungut akan sikap bapanya yang lebih pentingkan agama dan perjuangannya daripada keluarga. Apabila ditanya oleh datuk yang tua itu ketika menziarahi cucunya apakah bapa-mu meninggalkan wang dan harta ?

Lantas si gadis muda ini mengutip ketulan batu-batuan di jalanan dan dimasukkan ke dalam uncang wang sebagai konon bukti bahawa bapanya meninggalkan belanja. Mendengar bunyian tabung yang berisi dan merasa ada ketulan harta di dalamnya maka si datuk pun berasa tenang. Namun hakikatnya bapa mereka telah mendermakan seluruh hartanya di jalan Islam. (Sekiranya ada pihak yang mahu menyangkal kisah ini, tolong jangan lakukannya di sini)

Itulah Asma Binti Abu bakar radiallahuanha yang terkenal di dalam sejarah, pantang meminta-minta ! Maruah keluarga, bapanya dan perjuangan yang di dokongi keluarganya itu lebih utama daripada wang dan harta.

Miskin bermaksud lemah, tidak berdaya dan tidak berusaha untuk mengubah nasibnya kerana dia tidak mempunyai misi dan visi di dalam kehidupan, jiwanya miskin daripada kekuatan iman dan tawakkal serta keberanian untuk bangkit mengubah nasib dan masa depan hidupnya.

Wanita pesona tidaklah sama sekali miskin, mereka mungkin tiada harta tetapi pantang sekali meminta-minta. Mereka berdikari dan bersikap bersederhana dan bercukupan dengan apa yang ada serta bersabar dengan segala kekurangan dan kelemahan yang menimpa. Mereka tidaklah ghairah mengejar harta dunia seolah-olah mereka begitu terdesak dan miskin sehingga adakalanya orang-orang menyangka mereka ini merupakan wanita yang berasal daripada golongan yang kaya-raya.

Pada hari ini ramai sekali wanita yang miskin, mereka sanggup menjual tubuh badan mereka demi kemewahan dan pulangan harta dunia. Ternyata tubuh mereka boleh dibeli dengan wang ringgit dan kasih sayang mereka boleh dibeli untuk tempoh tertentu berdasarkan harga. Tawar menawar belaku dan lelaki boleh memiliki mereka dengan pulangan keseronokkan dunia.

Wanita murahan yang miskin seperti ini bukanlah wanita pesona idaman lelaki.

Jangan terkeliru !

Hari ini orang berkata artis wanita menjadi idaman dan impian semua lelaki, bohong dan dusta. Lihatah perceraian dan perpisahan saban hari yang terjadi dan menimpa para artis wanita. Bahagiakah mereka ?

Televisyen dan media mengkhayalkan kita mengenai glamour dan popular serta kekayaan dan kemewahan tetapi hakikatnya mereka hidup tidak lebih bahagia daripada kita. Seorang artis wanita hidup di dalam dilemma, ketakutan, cemburu dan resah selalu. Takut disaingi oleh artis baru yang lebih cantik, lebih popular, cemburu kepada suami yang mengahwininya kerana cantik dan glamour disebabkan kini sudah ada yang lebih glamour dan cantik daripadanya, resah selalu oleh gossip dan isu yang boleh menjatuhkan reputasinya, dilemma dan susah hati kerana setiap hari sudah berusia.

Pendek kata, mereka tidak semuanya yang menemui jalan bahagia.

Wanita yang kaya jiwanya, tenang hidupnya dan berwawasan akan menjadi cahaya dan pelita kepada lelaki. Di saat suaminya kebuntuan dia akan membantu menyinari hidup rumahtangga dengan cahaya iman, keanggunan dan kepesonaan yang tiada tandingan.

Pendek kata, mereka selalunya berakhir hidup dengan bahagia.

Kepandaian bukanlah syarat tetapi tidaklah pula bodoh

Kita sudah pun hampir menyentuh keseluruhan aspek luaran, peribadi seorang wanita pesona tetapi kali ini biarlah kita melihat pula kata-kata hikmah pesona wanita yang ke-empat ini iaitu kepandaian tidaklah menjadi syarat dan kewajipan tetapi tidaklah pula seorang wanita pesona itu bodoh yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui apa-apa.


Allah swt berfirman (yang bermaksud) :

"Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahwasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus." (Al-Hajj : 54)

Mustahil orang yang bodoh dan jahil dapat menjadi wanita pesona, mulia dan anggun sebaliknya mereka cuma akan menjadi hamba, kuda tunggangan lelaki dan makhluk hina yang menghembuskan nafas kerana sistem pernafasan manusia berfungsi sedemikian.

Langsung tidak mengerti untuk apa, kenapa dan mengapa mereka dilahirkan ke muka bumi. Wanita pesona sebaliknya mampu berfikir dan sentiasa berfikir bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan terhadap perkara yang mereka tidak ketahui.

Tiada siapa dilahirkan pandai, berilmu dan disebabkan itulah kita belajar daripada kejahilan, belajar mengenal kehidupan dan menjadi pandai membezakan di antara perkara yang benar dan salah.

Mereka rajin belajar dan gigih mempelajari segala jenis ilmu yang dianggapkan berguna di dalam kehidupan. Mereka suka membaca, suka mempelajari sesuatu yang baru dan tidak malas daripada berusaha mendalami pengetahuan dan pengalaman mereka.

Bermula dengan ilmu yang disifatkan teori, mereka kemudian akan beramal dengannya sehingga dapat memiliki kemahiran dan pengalaman.

Wanita istimewa, anggun dan pesona tiada yang jahil tetapi penuh informasi dan berpengetahuan.

Mungkin mereka tidak sebijak Enstain, Al-Kawarizmi dan Imam Syafie tetapi mereka pastinya tidak sebodoh haiwan yang tidak tahu untuk berubah bagi membaiki kesilapan. Mereka belajar dan terus belajar serta beramal dan mengubah kesilapan mereka menjadi pengalaman dan pengajaran.

Mereka suka menghadiri kelas dan kuliah ilmu, mereka mencintai pengajian agama dan keilmuan yang membantu dan menyumbang kebaikan di dalam kehidupan mereka dan orang lain. Buku-buku merupakan hadiah kesukaan mereka dan bahan bacaan sering menjadi tatapan mereka untuk mengetahui dunia luar dan kehidupan ini.

Mereka sentiasa ingin mengetahui tentang matlamat hidup mereka, tujuan dan perkara pokok yang perlu mereka lakukan. Ini disebabkan mereka mahu hidup mereka dapat memberi sesuatu makna, menyumbang sesuatu atau beroleh pengertian dan sebuah nilai di dalam kehidupan ini.

Wanita pesona sentiasa bermatlamat, dengan ilmu dan maklumat yang mereka miliki, digunakan untuk membetulkan kembali hala tuju dan landasan yang dilalui kerana itu kita lihat, mereka tidak pernah sesat, sentiasa mendapat pertunjuk dan hidayah, sentiasa berobjektif dan jarang membuang masa atau melakukan sesuatu dengan sia-sia.

Sungguh, kita pasti akan lihat diri mereka benar-benar berguna !


Rawatan diri mesti bermula hari ini

Kata pepatah Melayu ada menyebut, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” namun hari ini ramai ibubapa tidak dapat mendidik anak-anak dengan sempurna disebabkan kerana faktor pekerjaan. Pasangan suami isteri yang sibuk bekerja telah menjadikan budaya mengupah orang gaji sebagai satu fenomena yang meluas diamalkan pada masa kini. Sejak kecil anak-anak sudah terpisah daripada susu ibu yang penuh dengan vitamin dan zat khasiat semulajadi yang digantikan dengan protein rekaan dan susu lembu berbentuk tepung.

Kasih sayang yang dahulunya terjalin melalui sentuhan, persahabatan ibubapa dengan anak kini digantikan dengan kasih wang ringgit apabila ibu dan bapa membuktikan kasih sayang mereka melalui pembelian barangan seperti mainan atau memberikan duit kepada anak-anak sebagai tanda kasih.

Anak-anak diajarkan dengan kehidupan material semenjak kecil

Bahkan sekolah yang dihadiri oleh anak-anak kita juga bukanlah tempat yang sesuai untuk melenturkan buluh tetapi sebaliknya lebih merosakkan dan menjadi tempat anak-anak kita belajar perkara yang tidak sepatutnya pula.

Tidak hairanlah gadis-gadis genit, tidak berilmu yang matang tubuh badan tetapi tidak pada umur dan usia kelihatan berkeliaran memakai seluar jeans ketat menampakkan pinggul dengan baju t-shirt yang menghairahkan berkepit di jalanan bersama remaja-remaja lelaki yang mengambil kesempatan kerana ingin mencuba keseronokkan dunia dewasa.

Mereka hanya mahu berseronok, kemudian apabila tiba saat-saat tergoda oleh nafsu syahwat maka jawapan yang sama akan diberikan iaitu mereka hanya mahu berseronok.

Keseronokkan menjadi satu budaya dan kegilaan pada hari ini iaitu semua orang ingin berseronok, persoalannya mengapa mereka mahu berseronok ? dan mengapakah mereka memilih cara yang tidak sihat dan kotor untuk berseronok ?

Jawapannya ialah kerana dunia hari ini tidak seronok.

Negara dan masyarakat tidak seronok, keluarga dan ibubapa tidak menyeronokkan dan kewujudan agama, masjid serta sistem yang ada tidak menyeronokkan.
Mengapa terjadi demikian ? sudah pasti wujud penyelewengan di dalamnya.

Keluarga berlaku penyelewengan menyebabkan ianya tidak lagi seronok seperti sepatutnya, agama sebagai panduan di dalam kehidupan dilaksanakan dengan tidak betul sehingga tidak lagi menampakkan ianya menyeronokkan manusia.

Sungguh kelam sekali dunia ini, mujurlah di dalam kegelapan dan kehitaman malam itu terdapat cahaya dan sinar yang memancar cerah. Mereka keluar daripada rumah-rumah yang mulia, berjalan dengan membawa cahaya dan sinar gembira, terpapar senyuman manis dan mesra di bibir-bibir mekar mereka.

Itulah wanita pesona.

Tidakkah anda ingin menjadi salah seorang daripada mereka ?





Segala puji hanyalah bagi Allah swt

penulis :
Ustaz Emran
Professional Ubudiyah Menuju Mardhotillah
21 Ramadhan 1429

P/s :

Pengarang pernah mengendalikan banyak kursus motivasi, tamrin, program keagamaan kepada remaja, wanita dan dewasa juga merupakan suami kepada 2 orang isteri dan 2 orang anak (lelaki & perempuan) semoga hal ini dapat menyakinkan pembaca akan keberkesanan nasihat di dalam tulisan ini.

Monday, February 23, 2009

~Kisah Ibu menangis~


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.


Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Berita....

Assalammualaikum...
lama sungguh blog ni x diupdate. Maafla ye..lagipun mood exam midterm baru je lepas.Untuk pengetahuan semua kelab Srikandi baru sahaja selesai mengadakan aktiviti tahunan kelab iaitu Kem Kembara Srikandi di pahang. Untuk maklumat lanjut dan gambar-gambar menarik, kita nantikan artikel seterusnya.Satu lagi pemberitahuan tshirt Kelab Srikandi 08/09 telah siap dan kepada semua ahli yang membeli harap dapat jelaskan pembayaran selebihnya ye..

Monday, January 12, 2009

Serangan fasa ke-3?


Isnin ,12/01/2009 - Pada hari Ahad (11/1/2009), dengan berkereta kebal dan jet pejuang canggih , Israel terus masuk ke dalam kawasan Semenanjung Gaza, tetapi mereka sedang menghadapi tentangan yang kuat daripada pejuang-pejuang Palestin . 24 orang rakyat Palestin setakat ini terbunuh dalam pertempuran Ahad tadi. Jumlah kematian kini telah meningkat kepada 879 orang pada hari yang ke-16 serangan Israel di Semenanjung Gaza, Al Jazeera melaporkan.
Terdapat desas-desus bahawa Majlis Keselamatan Israel telah membincangkan kemungkinan meneruskan pelaksanaan operasi serangan kepada “Fasa III” , satu langkah yang akan menyaksikan tentera rejim Zionis akan terus menggasak Semenanjung Gaza.
Adakah palestin akan diserang lagi?..apa peranan kita wahai sahabat-sahabat?..kita mungkin tidak mampu berjuang di palestin sana tapi cukuplah kita menyumbang disini..tunaikan solat hajat dan panjatkan doa qunut nazilah sentiasa..infakkanlah sedikit wang jpa or ptptn kita untuk membantu mereka di sana...
Wallahua'lam

Monday, January 5, 2009

Baju Srikandi 08/09



Assalammualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah...ini adalah baju srikandi 08/09.Tapi harap maaf sangat sebab gambar yang diupload tak berapa jelas. Line kt sebelah bwh n kt lengan dan kolar,warna ungu sebenarnye.Tulisan hitam dan purple, gambar rama-rama hitam dan purple juga.Secara kasarnya inilah design nye.Amacam cantik tak?..Harapnye semua ahli srikandi dapat beli ya.

Hari Interaksi Srikandi 08/09

Assalammualaikum & salam sejahtera
Alhamdulillah...hari interaksi untuk kelab srikandi 08/09 telah berjaya dianjurkan pada 4 Jan 2009. Tahniah untuk organisasi yang menganjurkan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sudoku, air asia, dragon ball, tarik tali dan pening lalat. Secara keseluruhannya semua ahli bergembira dan enjoy dengan program ini.Walaupun hanya sukaneka yang dijalankan tapi ianya memberi manfaat kerana ahli-ahli dapat berkenalan antara satu sama lain. Berikut adalah lensa menarik sepanjang hari interaksi srikandi dijalankan









Varsiti tercinta: UKMKL

Sahabat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates