
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..sempena kedatangan bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini..Srikandi ingin sekali berkongsi kisah seorang tokoh muslimah yang menjadi penghulu wanita di SYURGA. Siapa lagi kalau bukan puteri Rasulullah. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar untuk sama-sama kita mencontohi beliau di dalam kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi di bulan penuh rahmat ini Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya. Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang...