Pada tanggal 12 feb hingga 14 feb 2010 yang lalu, telah diadakan Kembara Srikandi bagi sesi 09/10 di Kela Adventure Camp, Raub Pahang dengan jayanya. Walaupun pada mulanya, organisasi menghadapi masalah dengan kelulusan program, tetapi akhirnya Kembara Srikandi ini dapat dijalankan seperti yang dirancang. Kembara ini melibatkan sebanyak 55 orang peserta dan turut diiringi dengan tiga orang felo pemantau. Alhamdulillah perjalanan program berjalan dengan lancar dan pelajar dapat bergembira dengan aktiviti yang dijalankan setelah penat berhempas pulas dengan peperiksaan.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kembara ini adalah seperti berakit, flying fox, jungle trekking, water confidence dan banyak lagi. Dari program ini jugalah, saya mula kenal bagaimana cara untuk berakit, flying fox dan sebagainya. Pastinya setiap detik memori dalam Kembara srikandi ini tidak dapat dilupakan dan akan disimpan dalam kotak ingatan kita semua. Berikut adalah antara gambar-gambar yang diambil semasa program....
Massive Bass Little Slot Recreation Demo Play & Free rounds
-
The bettor makes use of the purchase function to set off a round of totally
free spins without buying scatters. This purchase might be followed by a ”
spin...
1 month ago
0 comments:
Post a Comment