Kira-kira 10 buah kapal yang membawa hampir 3,000 tan barangan bantuan akan belayar dalam masa beberapa hari menuju ke Gaza bagi menentang tindakan pengepungan Israel terhadap wilayah itu.
Kapal Perancis, Dignity/Karama berlepas dari Pelabuhan Corsica, sebuah kepulauan di Perancis pada 25 Jun untuk bersama-sama dengan sekurang-kurangnya sembilan kapal misi kemanusiaan antarabangsa "Freedom Flotilla II" belayar ke Gaza untuk menentang pengepungan itu.
Menurut kenyataan Flotilla, usaha Israel untuk menghalang kapal itu di pelabuhan, termasuk tekanan kepada kerajaan-kerajaan, ancaman terhadap syarikat insurans dan komunikasi, ugutan kepada pembela hak asasi manusia dan taktik kotor lain telah gagal, dan Freedom Flotilla II akan belayar.
"Dalam masa akan datang, kapal Flotilla lain, dua buah kapal kargo dan tujuh kapal penumpang lain akan berlepas dari pelbagai pelabuhan ke tempat berkumpul di perairan antarabangsa di mana kapal itu semunya akan belayar ke Gaza.
"Kita akan membawa hampir 3,000 tan barang-barang bantuan dan beratus-ratus orang awam dari berpuluh-puluh negara termasuk anggota parlimen, politik, penulis, artis, wartawan dan ahli sukan serta wakil-wakil orang asli dan kumpulan pelbagai kepercayaan.
"Malangnya sesetengah kapal kita menghadapi kelewatan akibat aduan daripada Pusat Undang-undang Israel, yang cuba mensabotaj sesetengah kapal serta pentadbiran yang ditimbulkan oleh kerajaan Greece dalam respons terhadap tekanan Israel,” katanya.
International Freedom Flotilla II menyatakan bahawa ia menggesa kerajaan Greece agar jangan bersubahat dengan tindakan haram Israel dengan membuat tekanan.
"Ini telah disahkan berkali-kali oleh pelbagai badan hak asasi manusia antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.
"Tidak dipersoalkan bahawa dasar penutupan Israel ada kesan buruk terhadap penalukan rakyat Gaza dan soalan kenapa komuniti antarabangsa membenarkan Israel terus melanggari undang-undang itu dan hak rakyat Palestin dengan impuniti,” tambahnya.
Kenyataan itu menekankan bahawa sungguhpun ada ugutan, tekanan dan ancaman keganasan daripada kerajaan Israel, kapal itu akan belayar.
FLOTILA-Bantahan Lebih 150 NGO Serah Nota Bantah Kenyataan Hillary Clinton
Lebih 150 wakil badan bukan kerajaan (NGO) berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di sini, bagi menyerahkan nota bantahan terhadap kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton yang membidas misi Flotilla menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh Crisis Management Team Life Line For Gaza dan disertai Pertubuhan Kebajikan Islamiah Al-Ehsan Malaysia, Aman Malaysia, Pemuda Barisan Nasional dan beberapa NGO lain.
Setiausaha Crisis Management Team Life Line for Gaza, Hishamuddin Hashim berkata nota bantahan itu tersebut diserahkan oleh Presiden Pertubuhan Kebajikan Islamiah Al-Ehsan, Muhammad Ridhwan Sulaiman kepada Ketua Pegawai Keselamatan Serantau Kedutaan Amerika, Leeds Timothy.
Dalam kenyataan pada 23 Jun, Clinton berkata "Kita tidak percaya bahawa flotila itu adalah perlu atau usaha yang berguna untuk cuba membantu penduduk Gaza. Hanya pada minggu ini, kerajaan Israel meluluskan komitmen yang signifikan kepada perumahan di Gaza.
"Akan ada bahan pembinaan yang akan memasuki Gaza dan kami berpendapat ianya tidak membantu bagi flotila yang cuba menimbulkan tindakan provokasi dengan memasuki perairan Israel dan menimbulkan satu keadaan di mana Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka."
Hishamuddin berkata kenyataan Clinton yang menentang misi kemanusiaan kedua ke Gaza itu dilihat sebagai satu tindakan provokasi dan tidak bermanfaat," katanya.
sumber:iluvislam
Sila klik link ini: Kerana Dia
0 comments:
Post a Comment