assalamualaikum dan selamat tahun baru........ alhamdulillah, kelab srikandi UKM telah berjaya mengadakan kem kembara srikandi di Eagle Nest Outbound Ecoresort di Ulu Yam Baru,Selangor. seramai 53 peserta diiringi 2 felo pemantau iaitu Cik Farhana dan Cik Zuriana telah bertolak dari KTSN pada jam 3.30 petang 24 Disember 2010. perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam dari kolej. kami disambut oleh pihak kem (En.Hadi) dan para peserta harus berjalan masuk ke kawasan kem kerana bas tidak dapat masuk ke kawasan tersebut. kami diberi taklimat oleh En.Syamsul mengenai peraturan2 kem. Night walk merupakan aktiviti pertama kami pada malam itu dan ia merupakn aktiviti yang memerlukan kerjasama dari semua peserta. para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dikehendaki mencari lokasi berdasarkan...