Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saturday, December 11, 2010

generasi muda digalak meraikan kedatangan Awal Muharam dengan azam baru

assalamualaikum dan selamat tahun baru 1432 H.........
saya tertarik dengan satu artikel dalam Berita Harian hasil tulisan Khairunneezam Mohd Noor, pensyrah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Artikel ini menarik perhatian dalam usaha membentuk peribadi Muslim sejak dari awal berdasarkan peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W.
Kalendar Masihi berganjak ke tahun 2011 dalam tempoh tiga minggu lagi.Kedatangan tahun baru itu pasti disambut meriah di segenap pelosok negara.Kanak-kanak antara yang tidak ketinggalan meraikan tahun baru ini. Ada ibu bapa membawa anakke lokasi tertentu untuk mengira detik waktu tepat jam 12 malam atau menonton siaran langsung di televisyen. Ini disusuli tembakan bunga api, konsert dan sebagainya.
Namun berapa ramai ibu bapa Islam menggalakkan anak untuk meraikan kedatangan tahun batu Hijrah????
Jika anak begitu lancar menghafal nama bulan dalam kalendar Masihi, apakah mereka mampu mengingati nama san susunan bulan dalam kalendar Hijrah??? Adakah anak kita diajarkan mengenai sejarah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat daripada sambutan awal Muharam ini??? Kebetulan pula sambutan awal Muharam (1432 H) kali ini jatuh pada 7 Disember lalu iaitu beberapa minggu lebih awal daripada sambutan tahun baru 2011. Maka wajar umat Islam mengajak dan menerapkan anak menghayati kesyumulan dan kesempurnaan ajaran Islam, termasuk dalam menyambut kedatangan Muharam dan inti pati sambutannya.
Hijrah dalam konteks bahasa bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat lain. secara konsepnya ia usaha mengubah nasib atau keadaan lebih baik lagi. Hijrah seseorang jika disertakan dengan usaha, kesungguhan dan penyerahan kepada Allah maka dirinya dijanjikan pahala dan kejayaan. Ia selaras dengan firman Allah bermaksud:
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam),nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian dia mati(dalam Perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani" (Surah an-Nisa':100)
Anak perlu didedahkan bahawa berdasarkan lipatan sejarah Islam, sahabat Nabi iaitu Saidina Umar al-Khattab ialah orang yang bertanggunggjawab mengasaskan penggunaan kalendar Islam berdasarkan peristiwa penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah.Peristiwa hijrah diiktiraf sebagai permulaan bulan kalendar Islam.Peristiwa itu berlaku pada tahun 622 mengikut kalendar Masihi. Peristiwa ini adalah bertunjangkan kepada ketaatan terhadap perintah Allah di mana sebagai umat Islam yang beriman, seseorang perlu melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalakan apa yang dilarang-Nya.
Menjadi kelaziman apabvila masuk sahaja tahun baru, kebanyakan orang akan mewujudkan azam baru untuk menjadi lebih baik dan sempurna dalm serba-serbi berbanding tahun sebelumnya. begitu juga, perlu diterapkan dalam diri anak bahawa dalam mendasari anjakan tahun baru Hijrah, membentuk azam baru biar berpaksi kepada perubahan ke arah kebaikan.
segala pengajaran dan prinsip diserlahkan melalui peristiwa Hijrah Rasulullah perlu dibudayakan secara istiqamah atau berterusan dalam kehidupan anak.

0 comments:

Varsiti tercinta: UKMKL

Sahabat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates