Assalamualaikum dan salam sejahtera Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Salam Eidul Adha meskipun sudah 14 Zulhijjah 1421H. Maaf atas segala kekurangan. Sempena hari yang mengenang pengorbanan nabi Allah iaitu Nabi Ibrahim a.s. dan juga Nabi Ismail a.s., amatlah diharapkan agar setiap dari kita dapat menanamkan azam dan semangat baru untuk berkorban apa saja demi menegakkan iman di dalam diri dan juga dalam kehidupan seharian. Bukan mudah menegakkan kebenaran, apatah lagi pada zaman kini yang memandang kepada adat dan kebiasaan bukannya syariat dan kebenaran hakiki. Oleh itu, ingin dikongsikan sedikit sebanyak isi khutbah yang didengari beberapa hari lalu yang menyentuh berkenaan wanita. Dalam khutbah terakhir Rasululllah s.a.w. (khutbatul wida'), Baginda s.a.w. menyebut...