
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan buat warga Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia. Rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khususnya buat semua warga Kolej Tun Syed Nasir,dan warga Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya. Sesungguhnya sambutan Hari Raya Aidilfitri ini bukanlah sambutan untuk golongan muslim sahaja, malah ia adalah sambutan & keraian untuk semua golongan & bangsa. Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan, kini kita telah sampai ke bulan Syawal. Inilah saat kemenangan kita dalam melawan nafsu & mendidik diri agar dapat menjadi insan yang lebih baik di sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Semoga momentum perubahan...