Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saturday, February 19, 2011

Pilihan raya??

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Srikandi yakin mahasiswi semua pasti terasa bahang Pilihan Raya Kampus yang bermula dengan penamaan calon pada 17 Februari yang lalu. Anda ambil berat atau tidak, pilihan di tangan anda. Anda mengundi atau tidak, pilihan di tangan anda. Anda mengundi siapa, pilihan di tangan anda. Pendek kata, semuanya atas pilihan anda sendiri.

Srikandi tidak ingin mengulas berkenaan mana-mana pihak atau calon, cuma Srikandi sekadar ingin mengingatkan mahasiswi sekalian bahawa semua mahasiswa/i mempunyai hak untuk mengundi. Adakah anda akan mengundi? Srikandi tidak tahu. Namun, ketahuilah bahawa hak anda untuk mengundi hanya datang setahun sekali dan sekiranya anda tidak menggunakannya, maka terlepaslah peluang itu. Seperti baucar hadiah, sekiranya tidak dituntut@digunakan, maka kita sendiri yang rugi, tidak mendapatkan apa yang sewajarnya kita peroleh. Mungkin ada yang tidak pasti untuk memangkah calon yang mana, justeru memilih untuk tidak mengundi langsung.

Srikandi
hanya ingin berpesan, semuanya adalah pilihan anda:

  1. mengundi atau tidak
  2. siapa yang diundi
Apa jua pilihan anda, anda yang akan merasakan hasilnya. Srikandi juga tidak tahu manakah yang lebih penting bagi anda kerana perkara ini adalah sangat subjektif, namun, Srikandi ingin berkongsi artikel berkenaan mengundi di sisi agama Islam (maaflah ye, Srikandi tidak menemukan mana-mana artikel berkenaan pilihan raya@mengundi menurut agama lain; sekiranya ada yang ingin berkongsi maklumat, silakan:) )- Sila klik di sini

*p/s: Bagi yang ingin mengundi, Srikandi ucapkan selamat mengundi dan jadilah pengundi yang bijak dan berfikir sebelum memangkah:)

Srikandi ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya bagi calon-calon yang bertanding. Sesungguhnya, kepimpinan itu adalah diperlukan dalam kehidupan manusia bagi membentuk organisasi(agar lebih terurus); sebagaimana diri kita menjadi pemimpin buat diri sendiri(terurus atau tidak, kita yang tentukan), betul tak?

Sekian, wassalam.


0 comments:

Varsiti tercinta: UKMKL

Sahabat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates