Salam sejahtera dan semoga semuanya baik-baik belaka.
Kali ini, Srikandi ingin mengutarakan isu pergolakan di Mesir yang kini hebat diperkatakan. Walaubagaimanapun, Srikandi tidak ingin mengulas panjang memandangkan telah banyak pendapat dan pandangan yang dikeluarkan berikutan isu ini. Sewajarnya, isu ini mendapat perhatian semua pihak tanpa mengira agama atas dasar kemanusiaan dan keamanan. Tidak dinafikan, mereka yang beragama Islam mungkin berasa lebih dekat dengan isu ini memandangkan pergolakan ini melibatkan pejuang-pejuang Islam yang berusaha mendaulatkan pemerintahan Islam di bumi Mesir. Namun, apakah kita terlepas pandang pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak? Bagaimana dengan pencabulah hak-hak kemanusiaan yang tidak terkira banyaknya? Bagaimana dengan keselamatan orang awam di sana khususnya rakyat Malaysia? Adakah kita akan terus berdiam diri, memeluk tubuh, membekukan fikiran, memekakkan telinga? Setidak-tidaknya kita boleh mengambil berat dan terus mengharapkan yang terbaik buat mereka di sana. Cakna akan perkembangan di sana dan menjadi medium penyampai buat yang lain.
Oleh itu, Srikandi amat berharap agar semua mahasiswi menjadi mereka yang ambil berat akan isu dunia khususnya yang berkaitan dengan kemanusiaan dan sentiasa berfikiran terbuka. Usahlah dengan mudah terpengaruh dengan propaganda mana-mana pihak. Srikandi yakin mahasiswi semua dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Banyak pendapat yang berbeza telah diutarakan. Kebanyakannya prihatin akan keselamatan orang ramai di sana dan mengecam Hosni Mubarak. Meskipun begitu, masih ada beberapa sudut pandang lain yang wajar kita ketahui agar pemikiran kita bercambah dan tidak terikat dengan pandangan yang tertentu sahaja.
Perkembangan terkini tentang warganegara Malaysia di Mesir boleh diikuti di http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
Selain itu, Srikandi ingin sertakan beberapa link berkenaan isu ini ataupun mana-mana pendapat serta komen yang berkaitan. Walaubagaimanapun, ingin Srikandi mengingatkan bahawa Srikandi tidak mengatakan mana-mana pendapat adalah benar, salah atau kurang tepat. Malah, semua itu terletak pada mahasiswi sekalian dalam menilai isu ini. Sekadar peringatan ringkas, "Sama-samalah kita mengasihi sesama manusia, sesungguhnya kita hidup di atas bumi yang sama...Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan".
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
http://www.nytimes.com/interactive/2011/01/28/world/middleeast/egypt-protests.html?ref=middleeast
http://saifulislam.com/9220#more-9220
http://totallycoolpix.com/2011/01/the-egypt-protests/
http://satuummah.blogspot.com/
http://satuumat.blogspot.com/
http://wan2day.blogspot.com/2011/01/berita-keadaan-pelajar-malaysia-di.html
http://ariffshah.com/
1 comments:
page di facebook berkenaan isu ini
http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964
Post a Comment