Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Friday, December 31, 2010

assalamualaikum dan selamat tahun baru........

alhamdulillah, kelab srikandi UKM telah berjaya mengadakan kem kembara srikandi di Eagle Nest Outbound Ecoresort di Ulu Yam Baru,Selangor. seramai 53 peserta diiringi 2 felo pemantau iaitu Cik Farhana dan Cik Zuriana telah bertolak dari KTSN pada jam 3.30 petang 24 Disember 2010. perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam dari kolej.
kami disambut oleh pihak kem (En.Hadi) dan para peserta harus berjalan masuk ke kawasan kem kerana bas tidak dapat masuk ke kawasan tersebut. kami diberi taklimat oleh En.Syamsul mengenai peraturan2 kem. Night walk merupakan aktiviti pertama kami pada malam itu dan ia merupakn aktiviti yang memerlukan kerjasama dari semua peserta. para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dikehendaki mencari lokasi berdasarkan klu yg diberikan serta menyelesaikan teka-teki.
hari kedua merupakan hari yang paling memenatkan. antara aktiviti yang dijalankan ialah obstacle course,river trekking, war game dan malam kebudayaan. hari interaksi srikandi juga dilakukan pada hari tersebut. kekuatan fizikal dan kemahiran berfikir peserta diperlukan pada hari tersebut dan ada dikalangan peserta mengalami sedikit kecederaan. river trekking merupakan aktiviti yang paling mencabar memandangkan sungai sendat dipenuhi batu-batu dan arus yang kuat...........malam kebudayaan @ malam tautan kasih pula memberi peluang kepada peserta menonjolkan bakat masing2...kumpulan 2 dengan tajuk 'kisah kita' telah mengalahkan kumpulan lain.
jungle trekking diadakan pada hari terakhir kem bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
kami dibawa ke hutan lipur sungai sendat yang menjadi tempat tumpuan pelancong tempatan. laluan yang agak mencabar menambahkan lagi keseronokan kepada kami.kami bertolak pulang dari kem pada jam 3.30 petang
di sini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Eagle Nest dan felo2 pengiring serta organasasi kem kembara dan tidak lupa kepada para peserta yang terlibat kerana memberi sokongan kepada aktiviti kelab srikandi UKM. saya juga ingin memohon maaf andai terdapat sebarang salah dan silap sepanjang kem kembara srikandi berlangsung.........
nukilan : peserta kem kembara

1 comments:

ME said...

Bukan kisah kita la~ tp cerita kita:)

Varsiti tercinta: UKMKL

Sahabat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates